MAJLIS MERAIKAN PEMAKAIAN PANGKAT, ANUGERAH, KELAHIRAN, HARI LAHIR DAN KKA SUKU 1 TAHUN 2016

Pada 8 Apr 16, telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat, Penganugerahan Bintara dan Laskar Terbaik Suku 1/2016 serta Meraikan Kelahiran Anak, Anggota Lahir Jan-Mac dan Anggota KKA. Majlis telah berlangsung pada jam 0900H di Bilik Mesyuarat SKTLDM Sitiawan.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis dan seterusnya ke aturcara pemakaian pangkat anggota SKS. Aturcara tersebut bermula dengan Pemakaian Pangkat P/BM kepada Pennyelia Sel BCC, LK PAP Aidil. Seterusnya, dipakaikan pangkat LK adalah Staf Radio, LK I TLR Amirah dan Petugas COMCEN, LK I KOM Nafik. Isteri anggota terlibat turut hadir dalam memakaikan pangkat baru suami masing-masing.



Selesai aturcara pemakaian pangkat, majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik untuk Suku Pertama tahun 2016. Anugerah Bintara Terbaik telah dianugerahkan kepada BM TLS Edi dan Laskar Terbaik kepada Kpl Ustaz Yusoff.


Seterusnya, LK TNL Amirul Nas, Kpl Ashikeen dan LK KOM Nafik diberi hamper sebagai tanda tahniah di atas kelahiran anak masing-masing sepanjang bulan Jan-Mac.


Bagi Meraikan Anggota KKA, LK PAP Suffian, yang KKA pada 27 Feb 16 ke PPA KD MALAYA telah dipanggil dan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang di SKS.


Kemudian, Pegawai Memerintah dijemput untuk memberi ucapan. Pegawai Memerintah memulakan ucapan dengan ucapan tahniah kepada yang dinaikkan pangkat, penerima anugerah dan menimang cahaya mata baru. Pegawai Memerintah turut mengingatkan kenaikan pangkat adalah seiring dengan kenaikan tahap tanggungjawab dan mengharapakan anggota meneruskan lagi khidmat cemerlang masing-masing. Pegawai Memerintah juga menyatakan semua anggota adalah layak menjadi Bintara dan Laskar terbaik namun pemilihan terpaksa dilaksanakan untuk mencari yang terbaik. Diharap dengan anugerah berikutnya, semua anggota terus kekal atau meningkat lagi komitmen kepada kerja dan tugas yang diamanahkan. Pegawai Memerintah juga mengucapkan terima kasih kepada LK PAP Sufian di atas segala sumbangan sepanjang berada di SKS.


Selesai ucapan Pegawai Memerintah, semua anggota SKS yang lahir pada Jan hingga Mac dipanggil untuk memotong kek. Iringan lagu Allah selamatkan Kamu turut dinyanyikan oleh hadirin yang hadir.


Majlis ditutup dengan bacaan doa, jamuan makan dan upacara masuk kolam kepada anggota yang dinaikkan pangkat.




TOGETHER TOWARDS SUCCESS