CERAMAH KESELAMATAN KEPADA PENGHUNI BLOK G

Pada 5 Apr 16, Sel Keselamatan SKTLDM Sitiawan telah menganjurkan Ceramah Keselamatan kepada Penghuni Blok G di Bilik Mesyuarat SKS. Ceramah ini telah dihadiri oleh semua anggota yang mendiami Blok G bersama isteri dan anak masing-masing.


Ceramah yang bermula pada jam 1500H dimulai dengan ucapan aluan Juragan yang mana kemudiaanya diteruskan dengan penyampaian ceramah keselamatan oleh Bintara Keselamatan Unit, LK PAP Aidil. Pelbagai perkara telah ditekan dan diperingatkan kepada penghuni blok seperti kawasan larangan di SKS, perkara-perkara yang dilarang dilaksanakan di SKS, cara memperkenalkan diri di Pagar Utama serta prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi berkaitan keselamatan.


Selesai dari ceramah keselamatan, ceramah diteruskan dengan penyampaian ceramah MKMA oleh Ketua Sel Bomba, BM TLS Edi. Pelbagai perkara dikongsikan iaitu pengenalan APAK dan cara penggunaannya, kedudukan APAU dan cara penggunaan, langkah-langkah evakuasi sekiranya berlaku kebakaran dan nombor-nombor penting untuk dihubungi jika berlaku kebakaran atau kemalangan.


Program ditutup dengan jamuan ringan yang disediakan oleh Rumah Masak SKS. Diharap dengan penganjuran program ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan maklumat kepada warga penghuni Blok G dalam memastikan keselamatan stesen sentiasa terpelihara.

TOGETHER TOWARDS SUCCESS