DASAR KESELAMATAN & HAKCIPTA

DASAR KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN

PERLINDUNGAN DATA
Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


KESELAMATAN STORAN
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

HAKCIPTA

Notis Hakcipta dan Harta Intelek

TLDM menghormati harta intelek dan mewajibkan setiap pengguna juga berbuat demikian. TLDM akan dalam keadaan tertentu dan dengan budi bicara menghentikan akaun pengguna yang melanggar peraturan ini. Hakcipta Portal Rasmi TLDM dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan TLDM kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam portal ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.

Sekiranya anda hendak menggunakan sebarang maklumat atau material yang anda dapati dari laman ini, anda hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran berbuat demikian dari kami.