Pada 16 Ogos 2016, Jawatankuasa Induk Amalan 5S dari Markas
Pemerintahan Armada telah mengadakan Lawatan Pemantau ke semua Zon Amalan 5S
Stesen Komunikasi TLDM Sitiawan bersama
Pegawai Team Audit bagi meninjau perkembangan pelaksanaan amalan 5S di
sini. Objektif pelaksanaan lawatan pemantau ini juga adalah untuk
memastikan perjalanan dan pelaksanaan Amalan 5S sentiasa berterusan dan
mematuhi setiap kriteria yang ditetapkan.
Secara tidak langsung, ia dapat memberi teguran secara terus
menerus mengenai pelaksanaan Amalan 5S supaya mengikut kriteria Garis Panduan
yang telah diedarkan dan juga untuk membantu membuat penambahbaikan dengan
lebih berkesan.
TOGETHER TOWARDS SUCCESS