Pada 06 Sept 2016, pejabat agama pasukan mengadakan kursus pengurusan jenazah di Surau Al-Ansar SKS.Ia bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan ilmu dalam bidang fardhu kifayah serta menggilap kefahaman warga SKS mengenai cara-cara pengurusan jenazah. Objektif kursus ini adalah memberi kefahaman tentang cara pengurusan, menambahkan lagi pengetahuan ilmu dalam bidang fardhu kifayah serta menjadi pembantu untuk pengurusan jenazah jika ada kematian.
|
Taklimat cara pengurusan jenazah oleh Ustaz Sulhi |
|
kemahiran pengurusan mengkafankan mayat |
|
Kemahiran pengurusan solat jenazah |
Semoga segala pengkonsian ilmu dalam bidang fardhu kifayah ini dapat diamalkan dan diperaktikan di masa yang akan datang dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua warga SKS kerana berjaya menghadirkan diri ke majlis ilmu.