LAWATAN PEMANTAUAN AUDIT 5S

Pada 16 Ogos 2016, Jawatankuasa Induk Amalan 5S dari Markas Pemerintahan Armada telah mengadakan Lawatan Pemantau ke semua Zon Amalan 5S Stesen Komunikasi TLDM Sitiawan bersama  Pegawai Team Audit bagi meninjau perkembangan pelaksanaan amalan 5S di sini.Objektif pelaksanaan lawatan pemantau ini juga adalah untuk memastikan perjalanan dan pelaksanaan Amalan 5S sentiasa berterusan dan mematuhi setiap kriteria yang ditetapkan. 
 







Secara tidak langsung, ia dapat memberi teguran secara terus menerus mengenai pelaksanaan Amalan 5S supaya mengikut kriteria Garis Panduan yang telah diedarkan dan juga untuk membantu membuat penambahbaikan dengan lebih berkesan.

TOGETHER TOWARDS SUCCESS