MAJLIS PENYERAHAN RASMI BLOK G DARIPADA JKR KEPADA TLDM

Banner Perasmian Majlis
Pada 11 Feb 16, telah berlangsung Majlis Penyerahan Rasmi Blok G yang telah siap dibaik pulih dan dinaiktaraf oleh agensi pelaksana, JKR Daerah Manjung, kembali kepada unit pelanggan, SKTLDM Sitiawan. Laksamana Pertama Rusli bin Ramli hadir bagi merasmikan majlis ini serta sebagai Wakil TLDM bagi menerima ketiga-tiga blok tersebut. Manakala bagi di sebelah pihak JKR Manjung, wakil penyerah diwakili oleh Jurutera JKR Daerah Manjung, Hjh Ir Haslina bt Mohd Isa. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Kpl Yusoff bin Makhtar

Majlis yang dilaksanakan di perkarangan Blok 20 ini bermula pd jam 1000H dengan menyambut kehadiran Ybhg Komander Pangkalan Lumut dan Jurutera Daerah. Majlis kemudian diteruskan dengan Upacara Bacaan Doa oleh Ust Koperal Yusoff bin Makhtar. Majlis kemudian mempersilakan Jurutera Daerah bagi menyampaikan ucapan Aluan. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa projek yang bernilai RM 3.5 juta ini telah dibelanjakan sepenuhnya hingga hanya tinggal baki 6 sen setelah selesai projek. Beliau juga memberitahu hasil daripada naik taraf menggabungkan dua unit asal kepada satu unit telah mewujudkan rumah yang luas dan selesa.

Jurutera Daerah Manjung, Hjh Ir Haslina bt Mohd Isa

Selesai daripada ucapan Jurutera Daerah, Majlis menjemput Ybhg Komander Pangkalan Lumut bagi memberikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan jutaan terima kasih kepada JKR dan kontraktor dalam kejayaan melaksanakan projek mengikut tempoh yang ditetapkan. Beliau turut mengingatkan kepada bakal penghuni agar menghargai dan menjaga dengan sebaiknya rumah-rumah akan diduduki nanti. 

Komander Pangkalan Lumut, Laksma Rusli bin Ramli menyampaikan ucapan

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dokumen penyerahan dan lawatan ke rumah contoh. Sepanjang lawatan tersebut, Komander Pangkalan Lumut berpuas hati dengan hasil dan mutu kerja. 

Majlis Tandatangan Dokumen Penyerahan daripada JKR Manjung kepada SKTLDM Sitiawan

Lawatan ke Rumah Contoh

Majlis disudahi dengan perasmian plak penyerahan rasmi dan seterusnya semua hadirin dijemput utk menjamu selera. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya dengan kerjasama penuh diberikan oleh semua pihak yang terlibat.

Perasmian Penyerahan Blok G

Penyerahan Dokumen Penyerahan kepada Komander Pangkalan Lumut

TOGETHER TOWARDS SUCCESS