UJIAN SARINGAN DADAH KE ATAS WARGA SKTLDM SITIAWAN UNTUK OPERASI GAPRO

Sejajar dengan arahan Operasi Gabungan Provos Khas (Dadah)  ATM Kawasan Utara (GAPRO), seramai 4 orang anggota Cawangan Siasatan Khas (CSK) Protela Lumut telah hadir ke Stesen pada 18 Jan 15 untuk melaksanakan ujian saringan dadah ke atas semua warga stesen.



Stesen telah mencapai sasaran GAPRO yang menetapkan setiap pasukan hendaklah memastikan sekurang-kurangnya 70% anggota menjalani ujian saringan air kencing, iaitu seramai 32 anggota daripada kekuatan penuh 42 anggota (76%). Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana turut menyertai ujian saringan. Terdapat 10 anggota yang tidak dapat melaksanakan ujian disebabkan sedang bercuti, berkursus dan bertugas luar.



Sepanjang ujian saringan dilaksanakan, semua anggota memberi kerjasama yang baik dan anggota CSK yang mengkoordinasikan ujian sangat berpuas hati dengan tahap disiplin yang dipamerkan oleh warga stesen.



Keseluruhan ujian selesai pada jam 1000H dan hasil ujian mendapati semua sampel adalah negatif. Ini menunjukkan warga stesen bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga stesen kerana sentiasa berdisiplin dan tidak melibatkan diri dengan najis dadah yang merupakan aktiviti yang dilarang oleh agama dan perkhidmatan. Semoga prestasi ini berkekalan dan meningkat sepanjang masa.

TOGETHER TOWARDS SUCCESS