UJIAN SARINGAN DADAH KE ATAS WARGA SKTLDM SITIAWAN UNTUK OPERASI GAPRO

Sejajar dengan arahan Operasi Gabungan Provos Khas (Dadah)  ATM Kawasan Utara (GAPRO), seramai 4 orang anggota Cawangan Siasatan Khas (CSK) Protela Lumut telah hadir ke Stesen pada 18 Jan 15 untuk melaksanakan ujian saringan dadah ke atas semua warga stesen.



Stesen telah mencapai sasaran GAPRO yang menetapkan setiap pasukan hendaklah memastikan sekurang-kurangnya 70% anggota menjalani ujian saringan air kencing, iaitu seramai 32 anggota daripada kekuatan penuh 42 anggota (76%). Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana turut menyertai ujian saringan. Terdapat 10 anggota yang tidak dapat melaksanakan ujian disebabkan sedang bercuti, berkursus dan bertugas luar.



Sepanjang ujian saringan dilaksanakan, semua anggota memberi kerjasama yang baik dan anggota CSK yang mengkoordinasikan ujian sangat berpuas hati dengan tahap disiplin yang dipamerkan oleh warga stesen.



Keseluruhan ujian selesai pada jam 1000H dan hasil ujian mendapati semua sampel adalah negatif. Ini menunjukkan warga stesen bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga stesen kerana sentiasa berdisiplin dan tidak melibatkan diri dengan najis dadah yang merupakan aktiviti yang dilarang oleh agama dan perkhidmatan. Semoga prestasi ini berkekalan dan meningkat sepanjang masa.

TOGETHER TOWARDS SUCCESS

LAWATAN TEKNIKAL CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN JKR KE PROJEK NBOS BLOK KELUARGA SKTLDM SITIAWAN

Pada 18 Jan 16, SKTLDM Sitiawan telah menerima lawatan daripada Tim Pemantau Cawangan Teknikal Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CFSB) JKR Pusat. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan pemantauan kemajuan dan kualiti kerja ke atas Projek Naik Taraf Blok 20,21 dan 22 yang tersenarai di bawah Projek MY BEAUTIFUL MALAYSIA tajaan National Blue Ocean Strategy (NBOS).




Tim CFSB hadir dengan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan CFSB sendiri iaitu En. Kushairi bin Shamsuddin dan diiringi oleh 3 orang Jurutera Kanan CFSB. Turut hadir adalah wakil-wakil TLDM dan JKR Tempatan seperti berikut:

a.   Kdr Rohana bt Jupri TLDM, PS1 Khidmat - Wakil Log-Mat MKTL

b. Kdr Mohd Zaimi bin Muhamed, KPS Senggaraan Berek dan Pangkalan - Wakil Markas Pangkalan     Lumut

c. Wakil JKR Daerah Manjung
    i. Ir Hjh Haslina bt Mohd Isa - Jurutera Daerah
    ii. En Mohd Suhaidi bin Ismail - Jurutera Bangunan
   iii. Pn Halimahton bt Abdul Hamid - Penolong Jurutera
   iv. Pn Nor Hazliza bt Osthman - Penolong Jurutera

d. Wakil JKR Unit Tentera Ipoh
i. Pn Siti A'ishah bt Md Lasa - Penolong Pengarah Kanan
ii. Eprim A/P Si Pot - Penolong Jurutera

Aturcara Lawatan bermula pada jam 0900H dengan penyampaian taklimat aluan daripada SKTLDM Sitiawan yang disampaikan oleh Pegawai Teknikal. Selesai taklimat daripada wakil SKTLDM Sitiawan, Penolong Pengarah Kanan JKR Unit Tentera Ipoh pula meneruskan taklimat kemajuan kerja yang menyaksikan projek naik taraf telah selesai dan hanya menunggu proses serah semula kepada pihak TLDM. Di akhir taklimat, En Kushairi memberikan taklimat dan membuka sesi soal jawab bagi memberi penerangan dan penjelasan berkenaan projek-projek di bawah seliaan JKR.



Selesai taklimat pada jam 1130H, semua hadirin menjamu selera sajian pagi sebelum meneruskan aturcara seterusnya iaitu Lawatan ke Tapak Projek. Secara keseluruhannya, semua ahli berpuas hati dengan kualiti kerja dan kemajuan semasa. Lawatan berakhir pada 1230H.



TOGETHER TOWARDS SUCCESS


UJIAN UJI CERGAS SIRI 1/16 SKTLDM SITIAWAN

Pada 11, 12 dan 13 Jan 16, telah berlangsung Ujian Uji Cergas (UC) bagi Penggal Pertama untuk Tahun 2016. Ujian UC ini telah dilaksanakan di Kompleks Sukan TLDM Lumut, dan LK JJM Faisal sebagai Jurulatih Jasmani Stesen mengkoordinasikan ujian.

Sesi pertama ujian dimulakan dengan menimbang berat dan tinggi anggota bagi mendapatkan bacaan BMI. Seterusnya, ujian fizikal dilaksanakan dimulai dengan bangkit tubi, seterusnya disusuli dengan shuttle run, mendagu, lompat setempat dan diakhiri dengan larian 2.4km.





Selesai larian 2.4km, anggota yang diuji diberi rehat sebelum bergerak ke Kompleks Renang untuk sesi ujian renang. Tiga ujian telah dilaksanakan iaitu ujian apungan, renang 100m dan terjun.



Matlamat utama UC iaitu semua anggota menjalani ujian kecuali taraf kesihatan LE/BE dan semua anggota lulus telah tercapai. Tahniah kepada semua warga stesen dalam mengekalkan kecergasan fizikal dan diharapkan kejayaan ini dikekalkan sepanjang perkhidmatan masing-masing

TOGETHER TOWARDS SUCCESS