PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DI ANTARA SK SITIAWAN DENGAN SK LUMUT

Pada 28 September 16, perlawanan persahabatan bola sepak di antara SK SITIAWAN dengan SK LUMUT telah berlangsung pada jam 3.00 ptg di padang SK SITIAWAN.



Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan saling berinteraksi mesra antara satu sama lain. Keputusannya, SK LUMUT tewas 2 berbalas 7  kepada SK SITIAWAN.

                                          TOGETHER TOWARDS SUCCESS



AKTIVITI SENAMROBIK DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR DI SK TLDM PARIT

Pada 7 Oktober 16, aktiviti senamrobik dan perlawanan persahabatan bola tampar telah berlangsung di SK PARIT.




Selepas perlawanan diteruskan pula acara dengan sesi bergambar dan penyampaian hamper sebagai tanda penghargaan.




Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan saling berinteraksi mesra antara satu sama lain. Keputusannya, SK PARIT tewas 0 berbalas 2 (18-25,13-25) kepada SK SITIAWAN.

                                          TOGETHER TOWARDS SUCCESS



PROGRAM JIWA MURNI DI MASJID SUNGAI WANGI,AYER TAWAR

Pada 22 Oktober 16, unit SKS telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Masjid Sungai Wangi. Projek ini bertujuan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam masjid dan pembersihan persekitaran. 






Akhir kata, ribuan  terima kasih kepada warga SKS yang telah menjayakan Program Jiwa Murni. Semoga semangat kerjasama ini dapat dikekalkan.


 TOGETHER TOWARDS SUCCESS



PROGRAM JIWA MURNI DI MASJID SUNGAI WANGI,AYER TAWAR

Pada 22 Oktober 16, unit SKS telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Masjid Sungai Wangi. Projek ini bertujuan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam masjid dan pembersihan persekitaran. 






Akhir kata, ribuan  terima kasih kepada warga SKS yang telah menjayakan Program Jiwa Murni. Semoga semangat kerjasama ini dapat dikekalkan.


 TOGETHER TOWARDS SUCCESS



LAWATAN PEMANTAUAN AUDIT 5S

Pada 16 Ogos 2016, Jawatankuasa Induk Amalan 5S dari Markas Pemerintahan Armada telah mengadakan Lawatan Pemantau ke semua Zon Amalan 5S Stesen Komunikasi TLDM Sitiawan bersama  Pegawai Team Audit bagi meninjau perkembangan pelaksanaan amalan 5S di sini.Objektif pelaksanaan lawatan pemantau ini juga adalah untuk memastikan perjalanan dan pelaksanaan Amalan 5S sentiasa berterusan dan mematuhi setiap kriteria yang ditetapkan. 
 







Secara tidak langsung, ia dapat memberi teguran secara terus menerus mengenai pelaksanaan Amalan 5S supaya mengikut kriteria Garis Panduan yang telah diedarkan dan juga untuk membantu membuat penambahbaikan dengan lebih berkesan.

TOGETHER TOWARDS SUCCESS



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Pada 06 Sept 2016, pejabat agama pasukan mengadakan kursus pengurusan jenazah di Surau Al-Ansar SKS.Ia bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan ilmu dalam bidang fardhu kifayah serta menggilap kefahaman warga SKS mengenai cara-cara pengurusan jenazah. Objektif kursus ini adalah memberi kefahaman tentang cara pengurusan, menambahkan lagi pengetahuan ilmu dalam bidang fardhu kifayah serta menjadi pembantu untuk pengurusan jenazah jika ada kematian.


Taklimat cara pengurusan jenazah oleh Ustaz Sulhi



kemahiran pengurusan mengkafankan mayat

                                             

Kemahiran pengurusan solat jenazah 

Semoga segala pengkonsian ilmu dalam bidang fardhu kifayah ini dapat diamalkan dan diperaktikan di masa yang akan datang dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua warga SKS kerana berjaya menghadirkan diri ke majlis ilmu.



TOGETHER TOWARDS SUCCESS

PROGRAM JIWA MURNI DI KEMAS SUNGAI WANGI

Pada 26 Ogos 16, unit SKS telah melaksanakan Program Jiwa Murni di KEMAS Sungai Wangi. Projek ini bertujuan melaksanakan kerja-kerja mengecat pagar dan pembersihan persekitaran. 









Akhir kata, ribuan  terima kasih kepada warga SKS yang telah menjayakan Program Jiwa Murni. Semoga semangat kerjasama ini dapat dikekalkan.


 TOGETHER TOWARDS SUCCESS

LAWATAN ULUNG PANGLIMA PEMERINTAHAN ARMADA KE SKTLDM SITIAWAN

          Pada 16 Ogos 16, Lawatan Ulung Panglima Pemerintahan Armada, Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli ke Stesen Komunikasi TLDM Sitiawan telah disambut oleh Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan, Lt KDR Che Mohd Fakrul Azizi bin Che Lah TLDM dan Warga SKTLDM Sitiawan. Lawatan bertujuan bagi melihat pengoperasian unit dan melawat kemudahan prasarana yang terdapat di unit. Lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani Buku Pelawat dan Sesi Taklimat mengenai pengoperasian unit sebagai Stesen Penerima dan Stesen Geganti Bagi Rangkaian Komunikasi TLDM Kawasan Lumut.


Panglima Pemerintahan Armada Menandatangani Buku Pelawat
YBhg Panglima diperkenalkan kepada warga SKTLDM Sitiawan

Sesi Bergambar Kenangan bersama Warga SKTLDM Sitiawan

Sesi Taklimat dan perbincangan bersama warga SKTLDM Sitiawan
RKTLDM yang telah siap dinaiktaraf hasil inisiatif projek NBOS

YBhg Panglima menggunakan talian Hotline di Bilik Radio

YBhg Panglima melawat di sekitar unit

           Penerangan disampaikan oleh Pegawai Memerintah turut menjurus kepada fungsi setiap pejabat yang terdapat di unit. YBhg Panglima seterusnya membuat lawatan ke sekitar unit dan turut berkesempatan melawat Rumah Keluarga SKTLDM Sitiawan yang baharu yang menempatkan 28 unit rumah hasil inisiatif projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan NBOS. YBhg Panglima turut sempat bertemu dan beramah mesra bersama warga termasuk anggota awam unit dan memberikan nasihat berguna dan tunjuk ajar dari segi aspek tatacara kerja, aspek keselamatan, kerohanian dan budaya kreatif  dan inovatif yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan kecemerlangan unit. Hasil dari lawatan itu, YBhg Panglima amat berpuas hati dengan kerjasama yang telah ditunjukkan serta semangat berpasukan sekaligus mewujudkan suasana harmoni di kalangan warga dan meningkatkan tahap profesionalisma warga.


TOGETHER TOWARDS SUCCES

PERBARISAN PERPISAHAN PEGAWAI MEMERINTAH SKTLDM SITIAWAN 2016

           Pada 15 Jul 16, telah berlangsung Perbarisan Perpisahan Pegawai Memerintah SKTLDM SitiawanMajlis bermula pada jam 0800H dengan ketibaan Pegawai Memerintah diselangi nyanyian lagu Negaraku & Samudera Raya. Selepas itu, Pegawai Perbarisan Melapor untuk pemeriksaan perbarisan. Selesai pemeriksaan perbarisan, bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sulhi bin Jelani dan pegawai perbarisan melapor selesai. Perbarisan selesai dengan sesi bergambar.
                                                                       






             Selesai Perbarisan Pegawai Memerintah, semua warga SKS berkumpul di Bilik Mesyuarat pada jam 1100H yang telah berlangsung Majlis Perpisahan Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan. Majlis bermula dengan penyampaian cenderahati bagi anggota Keluar Kekuatan Anggota(KKA), penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL), penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), penyampaian Bintara & Laskar Terbaik Suku 2, penyampaian cenderahati Pegawai Memerintah dan bacaan doa. Majlis berakhir dengan jamuan makan.










                 TOGETHER TOWARDS SUCCESS