LAWATAN ULUNG PANGLIMA PEMERINTAHAN ARMADA KE SKTLDM SITIAWAN

          Pada 16 Ogos 16, Lawatan Ulung Panglima Pemerintahan Armada, Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli ke Stesen Komunikasi TLDM Sitiawan telah disambut oleh Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan, Lt KDR Che Mohd Fakrul Azizi bin Che Lah TLDM dan Warga SKTLDM Sitiawan. Lawatan bertujuan bagi melihat pengoperasian unit dan melawat kemudahan prasarana yang terdapat di unit. Lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani Buku Pelawat dan Sesi Taklimat mengenai pengoperasian unit sebagai Stesen Penerima dan Stesen Geganti Bagi Rangkaian Komunikasi TLDM Kawasan Lumut.


Panglima Pemerintahan Armada Menandatangani Buku Pelawat
YBhg Panglima diperkenalkan kepada warga SKTLDM Sitiawan

Sesi Bergambar Kenangan bersama Warga SKTLDM Sitiawan

Sesi Taklimat dan perbincangan bersama warga SKTLDM Sitiawan
RKTLDM yang telah siap dinaiktaraf hasil inisiatif projek NBOS

YBhg Panglima menggunakan talian Hotline di Bilik Radio

YBhg Panglima melawat di sekitar unit

           Penerangan disampaikan oleh Pegawai Memerintah turut menjurus kepada fungsi setiap pejabat yang terdapat di unit. YBhg Panglima seterusnya membuat lawatan ke sekitar unit dan turut berkesempatan melawat Rumah Keluarga SKTLDM Sitiawan yang baharu yang menempatkan 28 unit rumah hasil inisiatif projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan NBOS. YBhg Panglima turut sempat bertemu dan beramah mesra bersama warga termasuk anggota awam unit dan memberikan nasihat berguna dan tunjuk ajar dari segi aspek tatacara kerja, aspek keselamatan, kerohanian dan budaya kreatif  dan inovatif yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan kecemerlangan unit. Hasil dari lawatan itu, YBhg Panglima amat berpuas hati dengan kerjasama yang telah ditunjukkan serta semangat berpasukan sekaligus mewujudkan suasana harmoni di kalangan warga dan meningkatkan tahap profesionalisma warga.


TOGETHER TOWARDS SUCCES