PERBARISAN PERPISAHAN PEGAWAI MEMERINTAH SKTLDM SITIAWAN 2016

           Pada 15 Jul 16, telah berlangsung Perbarisan Perpisahan Pegawai Memerintah SKTLDM SitiawanMajlis bermula pada jam 0800H dengan ketibaan Pegawai Memerintah diselangi nyanyian lagu Negaraku & Samudera Raya. Selepas itu, Pegawai Perbarisan Melapor untuk pemeriksaan perbarisan. Selesai pemeriksaan perbarisan, bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sulhi bin Jelani dan pegawai perbarisan melapor selesai. Perbarisan selesai dengan sesi bergambar.
                                                                       






             Selesai Perbarisan Pegawai Memerintah, semua warga SKS berkumpul di Bilik Mesyuarat pada jam 1100H yang telah berlangsung Majlis Perpisahan Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan. Majlis bermula dengan penyampaian cenderahati bagi anggota Keluar Kekuatan Anggota(KKA), penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL), penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), penyampaian Bintara & Laskar Terbaik Suku 2, penyampaian cenderahati Pegawai Memerintah dan bacaan doa. Majlis berakhir dengan jamuan makan.










                 TOGETHER TOWARDS SUCCESS




MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT SIRI 2/16 DAN AGIHAN BUNGKUSAN HARI RAYA

Pada 1 Jul 16, telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat yang dilaksanakan di dalam Bilik Mesyuarat untuk empat orang warga SKS iaitu LK TNL Amirol Nas bin Nasri, LK TLR Mohd Khairuddin bin Ibrahim,LK TLR Muhamad Azal bin Husman dan LK TLR Wan Mohd Ikhram bin Wan Aslim dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Muda mulai 1 Jul 16. Majlis bermula dengan pemakaian pangkat oleh Pegawai Memerintah dan isteri anggota terlibat.










Seterusnya, Pegawai Memerintah menyerahkan bungkusan Hari Raya kepada anggota yang bertugas pada Raya Pertama dan Kedua.








Seterusnya, Pegawai Memerintah memberi ucapan sempena hari raya dan tahniah kepada P/BM TNL Amirol Nas bin Nasri, P/BM TLR Mohd Khairuddin bin Ibrahim, P/BM TLR Muhamad Azal bin Husman dan P/BM TLR Wan Mohd Ikhram bin Wan Aslim dan mengingatkan akan tanggungjawab yang akan turut meningkat sejajar dengan kenaikan pangkat.


Majlis ditutup dengan baca doa oleh P/BM TLR Muhamad Azal bin Husman. Diharapkan dengan pelaksanaan Majlis Pemakaian Pangkat ini dapat memberi galakan dan ransangan kepada anggota yang lain supaya berkerja lebih keras dan bersemangat tinggi dalam mencapai pangkat tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing.



Sesi bergambar anggota yang bertugas pada Raya Pertama dan Kedua.




TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA P/BM TNL AMIROL NAS BIN NASRI, P/BM TLR MOHD KHAIRUDDIN BIN IBRAHIM, P/BM TLR MUHAMAD AZAL BIN HUSMAN DAN P/BM TLR WAN MOHD IKHRAM BIN WAN ASLIM





TOGETHER TOWARDS SUCCESS