MAJLIS CERAMAH AGAMA BULANAN SKTLDM SITIAWAN


            Pada 20 Mei 16, telah berlangsung ceramah agama bulanan anjuran Sel Agama SKTLDM Sitiawan bertajuk Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan bertempat di surau An-Sar SKS. Ust Koperal Yusoff bin Makhtar telah menjemput Mej. Hj. Yusof bin Hj. Latih (PS 2 Agama Mk Kejuruteraan TLDM).

     

           Ceramah yang disertai oleh semua warga SKS beragama Islam bermula pada jam 0900H. Pelbagai perkara telah dikongsikan oleh Mej. Hj. Yusof bin Hj. Latih seperti memberi kefahaman dan pengetahuan tentang persediaan menempuh bulan Ramadhan. Ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan sebagai hamba Allah dalam menjalankan kewajipan sebagai umat Islam dalam menunaikan fardhu ain iaitu dengan persediaan yang rapi untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sempurna.

                                     

                                    



           Ceramah berakhir pada jam 1030H dan semua jemputan dan hadirin telah disediakan dengan sajian pagi oleh penganjur. Maklumbalas yang diterima adalah sangat positif dan warga SKS berharap Sel Agama akan terus menganjurkan lagi ceramah-ceramah di masa hadapan. Juga diucapkan tahniah kepada Sel Agama dalam kejayaan menganjurkan ceramah ini.

TOGETHER TOWARDS SUCCESS